Kes harian Thailand 5,406

BANGKOK 28 Jun – Thailand merekodkan 5,406 kes baharu Covid-19 dengan 22 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 249,853 kes dan 1,934 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 5,397 adalah kes dalam masyarakat termasuk 18 kes import dan sembilan lagi berkaitan penjara.

Sebanyak 18 kes import melibatkan enam warga Thai yang pulang dari Kemboja, tiga warga Thai pulang dari Rusia, dua dari Sudan dan Perancis dan setiap satu dari Somalia, Afrika Selatan, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.

Bangkok merekodkan 10 kematian diikuti Samut Prakan (3) dan setiap satu di Nakhon Ratchasima, Phetchaburi, Nakhon Si Thammarat, Rayong, Pathum Thani, Roi Et, Chaiyaphum, Songkhla dan Surat Thani.

Sebanyak 3,343 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 202,271 orang manakala 45,648 masih mendapatkan rawatan.

Sementara itu, jumlah kumulatif vaksin yang disuntik meningkat kepada 9,147,512.

Related posts

Leave a Comment