Kes harian Arab Saudi meningkat

RIYADH 22 Jun – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi buat hari kedua melepasi 1,200 kes apabila 1,479 kes harian direkodkan hari ini, meningkat sedikit berbanding 1,212 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang direkodkan Arab Saudi meningkat kepada 476,882. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 12 pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 7,703 kematian. Pada masa yang sama, jumlah pesakit yang dilaporkan sembuh meningkat kepada 458,048 orang termasuk 920 pesakit yang sembuh hari ini. Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 431, diikuti Riyadh 280,…

Read More

Indonesia catat 13,668 kes

JAKARTA 22 Jun – Selepas merekodkan 14,536 kes semalam, jumlah jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia hari ini masih tinggi walaupun angkanya berkurangan sedikit iaitu 13,668.. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,018,113 dengan kes aktif pula sebanyak 152,686. Lima wilayah merekodkan kes harian tertinggi iaitu Jawa Barat 3,432 dengan jumlah kumulatif 350,719, diikuti Jakarta3,221 (482,264), Jawa Tengah 2,439 (232,839), Jawa Timur 746 (165,013) dan Yogyakarta 675 (53,978). Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 8,375 yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,810,136 atau 89.7 peratus. Jakarta merekodkan kes sembuh yang tinggi iaitu…

Read More

18 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 22 Jun – Singapura melaporkan 15 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan tiga kes import setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,448 kes dan 35 kematian. Kes dalam masyarakat melibatkan 10 kes yang ada kaitan dengan jangkitan lalu, tiga sudahpun dikuarantin dan tujuh yang lain dikesan melalui ujian pemantauan. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), tiga kes import pula turut melibatkan dua rakyat atau Penduduk Tetap (PR) yang pulang ke sini dan kesemuanya dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di Singapura. Menurut MoH, jumlah…

Read More

Kes meningkat di Thailand

BANGKOK 22 Jun –  Kes positif Covid-19 di Thailand meningkat kepada 4,059 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 225,365 dengan jumlah yang meninggal dunia pula 35 orang yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,693 kematian. Jumlah kes harian itu meningkat berbanding 3,175 kes yang dilaporkan semalam. Sebanyak 3,984 adalah kes melibatkan orang awam termasuk 21 kes import manakala 75 lagi dalam kalangan banduan penjara. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kematian turut melibatkan 25 lelaki yang berumur antara 28 hingga 94 tahun di mana 15 kes di Bangkok, Samut Sakhon (6), Samut Prakan…

Read More

Filipina lapor 3,666 kes baharu

MANILA 22 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini  merekodkan 3,666 kes baharu Covid-19, jumlah yang rendah berbanding sebelum ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,367,894. Difahamkan angka yang rendah itu disebabkan 12 makmal yang gagal mengemukakan data mengenai Sistem Repositori Dokumen Covid-19 (CDRS). Jumlah kematian pula meningkat kepada 23,809 orang termasuk 60 orang yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Di samping itu, sebanyak 6,810 kes sembuh dilaporkan menjadikan 1,291,389 orang pulih atau 94.4 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 52,696 atau 3.9 peratus.

Read More

4,743 kes baharu, 77 kematian

PUTRAJAYA 22 Jun – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan peningkatan dengan 4,743 berbanding 4,611 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 705,762. Daripada keseluruhan kes baharu itu, sebanyak 4,741 adalah kes tempatan yang melibatkan 3,843 warganegara dan 898 bukan warganegara manakala dua kes import pula melibatkan warganegara dan bukan warganegara. Sebanyak 5,557 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif pulih 639,181 kes atau 90.6 peratus dengan kes aktif pula 62,027. Kes kematian pula adalah 77 orang iaitu 70 warganegara menjadikan jumlah keseluruhan 4,554 orang meninggal dunia. Selangor merekodkan 32 kematian diikuti 12 kes…

Read More

Selangor terus naik, Perak turun

PUTRAJAYA 22 Jun – Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi hari ini dengan pertambahan kes sementara Perak mencatatkan penurunan yang agak ketara berbanding jumlah yang direkodkan semalam. Menurut perangkaan Kementerian Kesihatan, Selangor mencatatkan 1,566 kes sekaligus menjadi penyumbang terbesar kepada jumlah keseluruhan kes harian hari ini sebanyak 4,743. Semalam, Selangor merekodkan 1,346 kes. Perak pula yang merekodkan 453 kes semalam menunjukkan penurunan kepada 68 kes hari ini. Selain Selangor, negeri yang turut mencatatkan kenaikan kes adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merekodkan 635 kes berbanding 310 semalam, Negeri Sembilan 585…

Read More

Enam bulan naik bot percuma

TANJONG 22 Jun – Selama enam bulan, warga Malaysia boleh menggunakan perkhidmatan bot penumpang laju di Pulau Pinang secara percuma bermula 1 Julai  ini, kata Pengerusi Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari. Beliau berkata, inisiatif itu antara usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan bagi meringankan beban rakyat ketika pandemik Covid-19 sekarang ini. Dalam kenyataannya, beliau berkata, pembiayaan tambang bot itu melibatkan peruntukan sebanyak RM78,000 sebulan dengan jumlah tiket sebanyak 65,000 tiket sebulan, dengan jumlah keseluruhan peruntukan dianggarkan sebanyak RM468,000. Penumpang hanya perlu membawa MyKad/Kad Pengenalan…

Read More

Feri jadi muzium, restoran terapung

TANJONG 22 Jun – Lima feri ikonik lama akan berpindah tangan dari Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) kepada syarikat yang berkelayakan, mulai 1 Julai depan, kata Pengerusi SPPP, Tan Teik Cheng. Katanya, mesyuarat Lembaga Pengarah SPPP pada pertengahan bulan ini sudah meluluskan syarikat yang berkelayakan untuk mengubah suai dan mengendalikan lima feri ikonik itu. SPPP sebelum ini banyak menerima cadangan berhubung feri ikonik terbabit selepas membuka tender permintaan untuk cadangan (RFP) dari 29 Januari hingga 18 Mac lalu. “SPPP dan syarikat yang berjaya akan menandatangani kontrak untuk tempoh 10 tahun dengan…

Read More

235,623 dos diberi sehari

PUTRAJAYA 22 Jun – Sebanyak 1,666,757 individu telah melengkapkan dos kedua dan 4,384,441 lagi mendapat dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos 6,051,198.  Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, lima negeri yang mencatatkan peneriman kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 216,386 diikuti Sarawak (188,289), Johor (176,080), Perak (154,422) dan Kuala Lumpur (145,906). Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Dr Adham berkata sebanyak 235,623 dos diberikan semalam, tertinggi sejak ia dimulakan pada 24 Februari lepas. Katanya daripada jumlah tersebut,181,840 merupakan penerima suntikan dos pertama manakala 53,783 lagi dos kedua. 

Read More