Kes meningkat di Thailand

BANGKOK 22 Jun –  Kes positif Covid-19 di Thailand meningkat kepada 4,059 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 225,365 dengan jumlah yang meninggal dunia pula 35 orang yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,693 kematian.

Jumlah kes harian itu meningkat berbanding 3,175 kes yang dilaporkan semalam.

Sebanyak 3,984 adalah kes melibatkan orang awam termasuk 21 kes import manakala 75 lagi dalam kalangan banduan penjara.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kematian turut melibatkan 25 lelaki yang berumur antara 28 hingga 94 tahun di mana 15 kes di Bangkok, Samut Sakhon (6), Samut Prakan (5), Chachoengsao (2), dan masing-masing satu di Chon Buri, Nonthaburi, Nakhon Si Thammarat, Ayutthaya, Phuket, Suphan Buri dan Udon Thani.

Bangkok merekodkan 1,154 kes diikuti Samut Prakan (696), Chon Buri (335), Songkhla (293), Samut Sakhon (250), Pathum Thani (211), Nonthaburi (169),

Nakhon Pathom (162), Pattani (81),dan  Rayong (63).

Sebanyak 14 kes import melibatkan warga Thai yang menyeberang masuk di sempadan Kemboja manakala tujuh lagi ketibaan darii Sepanyol, Afghanistan, Mozambique, China, Uzbekistan, Emiriyah Arab Bersatu dan Malaysia.

Sementara itu, sebanyak 2,047 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 187,836 orang pulih.

Sehingga semalam, sebanyak 35,836 orang sedang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 1,479 pesakit yang kritikal dan 410 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Mengenai vaksinasi, jumlah kumulatif yang menerima suntikan adalah 7,906,696 orang di mana 5,678,848 bagi dos pertama dan 2,227,848 lengkap dua dos.

Related posts

Leave a Comment