Kes harian Arab Saudi meningkat

RIYADH 22 Jun – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi buat hari kedua melepasi 1,200 kes apabila 1,479 kes harian direkodkan hari ini, meningkat sedikit berbanding 1,212 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang direkodkan Arab Saudi meningkat kepada 476,882.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 12 pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 7,703 kematian.

Pada masa yang sama, jumlah pesakit yang dilaporkan sembuh meningkat kepada 458,048 orang termasuk 920 pesakit yang sembuh hari ini.

Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 431, diikuti Riyadh 280, wilayah Timur 256, dan Asir 149 .

Sebanyak 11,131 kes aktif dilaporkan dan 1,487 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment