4,743 kes baharu, 77 kematian

PUTRAJAYA 22 Jun – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan peningkatan dengan 4,743 berbanding 4,611 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 705,762.

Daripada keseluruhan kes baharu itu, sebanyak 4,741 adalah kes tempatan yang melibatkan 3,843 warganegara dan 898 bukan warganegara manakala dua kes import pula melibatkan warganegara dan bukan warganegara.

Sebanyak 5,557 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif pulih 639,181 kes atau 90.6 peratus dengan kes aktif pula 62,027.

Kes kematian pula adalah 77 orang iaitu 70 warganegara menjadikan jumlah keseluruhan 4,554 orang meninggal dunia.

Selangor merekodkan 32 kematian diikuti 12 kes di Negeri Sembilan, lapan di Johor, tujuh di Sarawak, lima di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, empat di Melaka, masing-masing tiga  di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, serta masing-masing satu  di Pahang, Perlis, dan Terengganu.

Sebanyak 875 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 445 memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment