Filipina lapor 3,666 kes baharu

MANILA 22 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini  merekodkan 3,666 kes baharu Covid-19, jumlah yang rendah berbanding sebelum ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,367,894.

Difahamkan angka yang rendah itu disebabkan 12 makmal yang gagal mengemukakan data mengenai Sistem Repositori Dokumen Covid-19 (CDRS).

Jumlah kematian pula meningkat kepada 23,809 orang termasuk 60 orang yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Di samping itu, sebanyak 6,810 kes sembuh dilaporkan menjadikan 1,291,389 orang pulih atau 94.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 52,696 atau 3.9 peratus.

Related posts

Leave a Comment