18 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 22 Jun – Singapura melaporkan 15 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan tiga kes import setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,448 kes dan 35 kematian.

Kes dalam masyarakat melibatkan 10 kes yang ada kaitan dengan jangkitan lalu, tiga sudahpun dikuarantin dan tujuh yang lain dikesan melalui ujian pemantauan.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), tiga kes import pula turut melibatkan dua rakyat atau Penduduk Tetap (PR) yang pulang ke sini dan kesemuanya dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di Singapura.

Menurut MoH, jumlah kes baharu Covid-19 dalam masyarakat meningkat kepada 103 kes pada minggu lalu dari 49 kes pada minggu sebelumnya..

Jumlah kes yang tiada kaitan dalam masyarakat juga naik kepada 20 kes pada minggu lalu dari 15 kes pada minggu sebelumnya.

Related posts

Leave a Comment