Selangor terus naik, Perak turun

PUTRAJAYA 22 Jun – Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi hari ini dengan pertambahan kes sementara Perak mencatatkan penurunan yang agak ketara berbanding jumlah yang direkodkan semalam.

Menurut perangkaan Kementerian Kesihatan, Selangor mencatatkan 1,566 kes sekaligus menjadi penyumbang terbesar kepada jumlah keseluruhan kes harian hari ini sebanyak 4,743. Semalam, Selangor merekodkan 1,346 kes.

Perak pula yang merekodkan 453 kes semalam menunjukkan penurunan kepada 68 kes hari ini.

Selain Selangor, negeri yang turut mencatatkan kenaikan kes adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merekodkan 635 kes berbanding 310 semalam, Negeri Sembilan 585 (437), Pulau Pinang 195 (84), Sabah 193 (166), Pahang 131 (50), Wilayah Persekutuan Labuan 104 (130), Terengganu 37 (18) dan Perlis 2 (0).

Negeri yang merekodkan penurunan kes selain Perak adalah Sarawak yang mencatatkan 507 berbanding 682 semalam, Johor 239 (314), Melaka 167 (205), Kelantan 165 (219), Kedah 142 (182) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 7 (15).

Related posts

Leave a Comment