Kes harian Arab Saudi 1,077

RIYADH 12 Jun – Kes baharu Covid-19 di Arab  Saudi turun kepada 1,077 berbanding 1,175 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 464,780 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 16;kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 7,553 orang. Sebanyak 906 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah pulih meningkat kepada 446,960 orang. Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 348 diikuti The Makkah region reported the highest number of new cases with 348, followed by Riyadh 225, daerah Timur 149, Asir 97, Jazan 70 dan Madinah 69. Mengikut kementerian,…

Read More

Kes di Indonesia cecah 1,901,490

JAKARTA 12 Jun – Jumlah kumulatif kes Covid-19 di Indonesia setakat ini meningkat kepada 1,901,490 kes selepas 7,465 kes baharu dilaporkan hari ini dengan kes aktif pula bertambah sebanyak 2,009 menjadikan 108,324. Kes sembuh pula meningkat kepada 1,740,436 dengan penambahan 5,292 lagi pesakit dilaporkan pulih sementara 164 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatifnya mencapai 52,730. Terdapat lima provinsi mencatatkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Kepulauan Riau 970 dan kumulatifnya 16,159 orang, Jawa Barat  768 (301,533), DKI Jakarta 725 (422,043), Riau 561 (59,322) serta Jambi 227 (8,764). Bagi kes positif,…

Read More

Malaysia akur keputusan Arab Saudi

PUTRAJAYA 12 Jun – Malaysia akur serta menghormati keputusan Kerajaan Arab Saudi mengehadkan ibadah haji musim 1442 hanya untuk warganegaranya serta warganegara lain yang sudah berada dalam negara itu sahaja. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Abdelfattah Sulaiman Mashat, hari ini. Katanya, keputusan kerajaan Arab Saudi itu disebabkan situasi semasa pandemik Covid-19 yang membimbangkan di seluruh dunia. “Saya memohon maaf kepada semua bakal jemaah haji yang amat cinta dan…

Read More

Dua kluster Hari Gawai

KUCHING 12 Jun – Dua daripada tiga kluster baharu yang diisytihar oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini melibatkan sambutan Hari Gawai baru-baru ini. Kluster Kampung Sebandi Hilir, kluster komuniti dikesan melibatkan Kampung Sebandi Hilir, Lundu di Barat Daya Bahagian Kuching, berpunca daripada perhimpunan upacara ‘miring’ pada 31 Mei sempena sambutan pra Hari Gawai. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sejumlah 34 individu disaring dengan sembilan kes dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks manakala 25 kes didapati negatif. Kluster Melatai pula merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan penempatan di kawasan Melatai, Jalan Selirik…

Read More

Haji: Hanya 60,000 jemaah di Saudi

RIYADH 12 Jun – Arab Saudi sekali lagi hanya membuka pendaftaran ibadah haji dalam kalangan warganegara dan penduduk negara itu berikutan pandemik Covid-19 yang masih menjadi ancaman kesihatan. Ini kali kedua keputusan itu dibuat selepas tahun lalu, langkah yang sama diambil dengan mengehadkan jemaah tempatan dan penduduk di negara itu. Kementerian Haji dan Umrah juga mengumumkan bilangan jemaah juga dihadkan kepada 60,000 orang sahaja dengan beberapa syarat termasuk bebas daripada sebarang penyakit kronik. Jemaah juga hendakkah berumur antara 18 hingga 65 tahun yang telah mendapat suntikan vaksin. Bakal jemaah mesti…

Read More

Restoran Muslim minta lanjut masa

PUTRAJAYA 12 Jun – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) merayu kerajaan melanjutkan waktu operasi restoran dari pukul 6 pagi hingga 10 malam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Presiden Presma, Jawahar Ali Taib Khan berkata pihaknya membuat rayuan itu bagi membolehkan sektor itu kembali pulih susulan pandemik Covid-19 yang menyebabkan pendapatan harian merosot 80 peratus. Presma berharap lanjutan tempoh berkenaan bukan saja membantu peniaga, malah pelanggan yang turut berdepan kesukaran mendapatkan makanan pada waktu operasi 8 pagi hingga 8 malam seperti sekarang. Dalam kenyataan itu, Jawahar Ali juga menjelaskan,…

Read More

Majlis kahwin ketika PKP 3.0

BUTTERWORTH 12 Jun – Walaupun majlis perkahwinan tidak dibenarkan ketika ini, masih ada yang tidak peduli dengan menganjurkan majlis itu yang dengan jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP). Akibatnya penganjur dan jurugambar majlis itu di Butterworth dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana dengan jelas melanggar perintah sekatan pergerakan penuh. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemeriksaan di rumah berkenaan semalam mendapati tuan rumah menganjurkan aktiviti sosial dengan meraikan perkahwinan anak lelakinya. Semasa polis membuat pemeriksaan, terdapat 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang…

Read More

Kes sembuh atasi kes harian

PUTRAJAYA 12 Jun – Kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 sekali lagi merekodkan angka tertinggi hari ini iaitu sebanyak 8,334 mengatasi rekod tertinggi yang direkodkan semalam sebanyak 7,749. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 572,113 sementara kes positif harian yang direkodkan hari ini sebanyak 5,793 menjadikan jumlah keseluruhan 652,204 kes. Daripada 5,793 kes itu, sebanyak 5,787 adalah kes tempatan yang melibatkan 4,851 warganegara dan 936 bukan warganegara manakala enam lagi kes import melibatkan empat warganegara dan dua bukan warganegara. Sebanyak 76 kematian dilaporkan termasuk seorang nenek berusia 101 tahun…

Read More

Kes turun naik di negeri

PUTRAJAYA 12 Jun – Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan kes harian, tetapi menunjukkan penurunan jumlah kes apabila merekodkan 1,582 berbanding 2,558 semalam menjadikan jumlah kumulatif di negeri itu meningkat kepada 212,985. Turut mencatatkan penurunan kes adalah Negeri Sembilan yang merekodkan 618 kes berbanding 685 semalam, Sarawak 569 (699), Kuala Lumpur 559 (884) dan Pulau Pinang 198 (205). Johor mencatatkan kenaikan iaitu 504 berbanding 426 semalam, Sabah 378 (309), Kelantan 337 (248), Labuan 250 (176), Perak 218 (161), Melaka 178 (170), Kedah 171 (161), Pahang 121 (89), Terengganu 82 (66), Putrajaya…

Read More