Kes turun naik di negeri

PUTRAJAYA 12 Jun – Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan kes harian, tetapi menunjukkan penurunan jumlah kes apabila merekodkan 1,582 berbanding 2,558 semalam menjadikan jumlah kumulatif di negeri itu meningkat kepada 212,985.

Turut mencatatkan penurunan kes adalah Negeri Sembilan yang merekodkan 618 kes berbanding 685 semalam, Sarawak 569 (699), Kuala Lumpur 559 (884) dan Pulau Pinang 198 (205).

Johor mencatatkan kenaikan iaitu 504 berbanding 426 semalam, Sabah 378 (309), Kelantan 337 (248), Labuan 250 (176), Perak 218 (161), Melaka 178 (170), Kedah 171 (161), Pahang 121 (89), Terengganu 82 (66), Putrajaya 23 (10) dan Perlis 5 (2).

Related posts

Leave a Comment