Haji: Hanya 60,000 jemaah di Saudi

RIYADH 12 Jun – Arab Saudi sekali lagi hanya membuka pendaftaran ibadah haji dalam kalangan warganegara dan penduduk negara itu berikutan pandemik Covid-19 yang masih menjadi ancaman kesihatan.

Ini kali kedua keputusan itu dibuat selepas tahun lalu, langkah yang sama diambil dengan mengehadkan jemaah tempatan dan penduduk di negara itu.

Kementerian Haji dan Umrah juga mengumumkan bilangan jemaah juga dihadkan kepada 60,000 orang sahaja dengan beberapa syarat termasuk bebas daripada sebarang penyakit kronik.

Jemaah juga hendakkah berumur antara 18 hingga 65 tahun yang telah mendapat suntikan vaksin.

Bakal jemaah mesti sama ada mendapat vaksin penuh atau satu dos sekurang-kurangnya 14 hari sebelum bermulanya ibadah haji atau mereka yang sudah divaksin selepas sembuh.

Langkah itu diambil sebagai usaha kerajaan Arab Saudi untuk memastikan kesihatan dan keselamatan jemaah yang akan mengunjungi Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Related posts

Leave a Comment