Kes di Indonesia cecah 1,901,490

JAKARTA 12 Jun – Jumlah kumulatif kes Covid-19 di Indonesia setakat ini meningkat kepada 1,901,490 kes selepas 7,465 kes baharu dilaporkan hari ini dengan kes aktif pula bertambah sebanyak 2,009 menjadikan 108,324.

Kes sembuh pula meningkat kepada 1,740,436 dengan penambahan 5,292 lagi pesakit dilaporkan pulih sementara 164 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatifnya mencapai 52,730.

Terdapat lima provinsi mencatatkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Kepulauan Riau 970 dan kumulatifnya 16,159 orang, Jawa Barat  768 (301,533), DKI Jakarta 725 (422,043), Riau 561 (59,322) serta Jambi 227 (8,764).

Bagi kes positif, Jakarta menambah 2,455 kes dengan kumulatifnya 445,302, Jawa Tengah 915 (213,105), Jawa Barat 876 (327,698), Yogyakarta 436 (48,285) dan  Riau 388 (65,418).

Jawa Tengah pula menambah 37 kes dan kumulatifnya 9,596, Jawa Timur 28 (11,667), Jakarta 19 (7,412), Aceh 14  (678)  serta Jawa Barat 12 (4,415).

Sementara itu bagi program vaksinasi Covid-19 hari ini, jumlah penerimanya adalah 20,044,187 berikutan tambahan penerima vaksin harian sebanyak 374.219 orang. Pada masa sama, jumlah penerima vaksinasi kedua meningkat kepada 11,559,138 orang.

Related posts

Leave a Comment