Arab Saudi catat 1,039 kes harian

RIYADH 7 Mei – Arab Saudi terus merekodkan lebih 1,000 kes apabila dalam tempoh 24 jam terdapat 1,039 kes jangkitan baharu, iaitu turun sedikit berbanding 1,090 yang direkodkan sebelum ini. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini ada sebanyak 424,445. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 13 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian 7,045. Kementerian juga melaporkan 1,061 kes sembuh melebihi 24 jam lepas dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 407,650. Sementara itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 386 kes diikuti Makkah 274 dan daerah Timur 140.

Read More

7,733 kes harian Filipina

MANILA 7 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 7,733 kes tambahan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,087,885. Sehingga pukul 4 petang ini, 108 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 18,099 kematian. Sementara itu, lebih 1 juta pesakit dilaporkan sembuh selepas 4,227 lagi pesakit pulih yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,003,160 atau 92.2 peratus. Kes aktif pula 66,626.

Read More

1.5 juta kes sembuh di Indonesia

JAKARTA 7 Mei – Sebanyak 1.5 juta atau 91.5 peratus pesakit yang dijangkiti Covid-19 dilaporkan sembuh ketika jumlah kes positif di Indonesia terus menunjukkan peningkatan. Hari ini, 5,891 pesakit disahkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,558,423 orang manakala 6,327 kes positif direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,703,632 orang. Lima provinsi yang mencatatkan kes sembuh tertinggi adalah Jawa Barat 1,333, Jawa Tengah 762, Jakarta 595 orang, Riau 506 orang dan kumulatifnya 41.289 orang serta Bangka Belitung 343 orang dan kumulatifnya 12.823 orang.  Jawa Barat turut menambah 1.953 kes dan kumulatifnya 288.821…

Read More

Thailand catat 2,044 kes, 18 maut

BANGKOK 7 Mei – Thailand terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 dengan merekodkan 2,044 kes berbanding 1,911 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 78,855 kes. Jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan dengan 27 orang berbanding 18 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 363 kematian. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 2,377 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan 49,172 pesakit pulih Kes kematian pula melibatkan 18 orang di Bangkok, masing-masing dua di Nonthaburi dan Samut Prakan, masing-masing satu kes di Pathum Thani, Chaiyaphum, Chachoengsao, Ranong dan Rayong. Mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada…

Read More

India catat 414,000 kes harian

NEW DELHI 7 Mei – India mencatat satu lagi rekod dunia hari ini apabila  mencatatkan lebih 414,000 jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam. Jumlah itu mengatasi kes yang direkodkan semalam (Khamis) sebanyak 412,262. Angka Kementerian Kesihatan menunjukkan terdapat 414,188 kes dalam 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21,49 juta. Sebanyak 3,915 kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 234,083. India yang bergelut dengan gelombang pandemik kedua menyebabkan sistem kesihatan negara itu lumpuh.  Mahkamah Tinggi Delhi pada Khamis memerintahkan pihak berkuasa memberikan rawatan perubatan kepada semua yang dijangkiti Covid-19.  Sejak 27 April, negara ini juga telah menerima sumbangan antarabangsa…

Read More

19 kluster baharu

PUTRAJAYA 7 Mei – Sebanyak 19 kluster baharu dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 10 kluster tempat kerja, empat kluster komuniti, tiga kluster keagamaan, dan dua kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM. Perincian 19 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu: KLUSTER PERSIARAN PERPADUAN USJ Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, Kuala Selangor, dan Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 April 2021 hasil saringan bersasar kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di…

Read More

Peningkatan kes membimbangkan

PUTRAJAYA 7 Mei – Kes baharu Covid-19 hari ini merekodkan angka yang membimbangkan apabila berlaku pertambahan hampir 1,000 kes iaitu 4,498 berbanding 3,551 yang dilaporkan semalam. Daripada 4,498 kes itu, sebanyak 4,493 adalah kes tempatan dan lima import. Sebanyak 3,449 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 396,004. Kes kematian pula kini meningkat kepada 1,632 apabila 22 lagi kematian direkodkan. Pada masa yang sama, sebanyak 372 kes dirawat di ICU dan 211 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Read More

Pertambahan kes di Selangor

PUTRAJAYA 7 Mei – Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan pertambahan kes dari 1,137 semalam kepada 1,424 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 140,270. Daripada jumlah ini, sebanyak 1,165 kes (81.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan Ini diikuti Sarawak yang mencatatkan 750 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 436, Johor 327 dan Pulau Pinang 313. Berikut negeri yang mencatat lebih 100 kes harian Selangor: 1,424 kes 91 kes daripada kluster-kluster, termasuk 22 kes daripada kluster-kluster baharu iaituKluster Jalan Nouvelle, Kluster…

Read More

Kemasukan ke ICU naik 44 peratus

PUTRAJAYA  7 Mei – Setakat hari ini, negara merekodkan kemasukan sebanyak 506 kes ke ICU, iaitu jumlah yang tertinggi semenjak pandemik ini bermula manakala 295 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. Kemasukan kes kritikal ke ICU meningkat sebanyak 44% berbanding tempoh dua minggu yang lepas di seluruh negara dan beberapa negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak menunjukkan kadar peningkatan yang lebih tinggi. Sebanyak 22 hospital Covid-19 mencatatkan kadar penggunaan katil ICU Covid-19 melebihi 70% dan ada yang mencecah lebih 90%. Beberapa hospital bukan Covid-19 juga terpaksa merawat pesakit Covid-19…

Read More

Rentas negeri, haram atau matlamat tidak menghalalkan cara

SUDAH jelas, sekali lagi tiada warga kota berduyun-duyun akan pulang ke kampung halaman menjelang Hari Raya Aidilfitri ini. Tinggallah perantau yang menjadi warga kota di Lembah Kelang berhari raya di perantauan. Mahu ke mana apabila rentas negeri dilarang? Lebih mencabar bagi mereka yang tidak boleh rentas daerah. Maknanya perantau yang ada saudara mara atau sahabat handai dari kampung yang sama di negeri yang sama boleh melupakan hasrat berhari raya bersama jika tinggal di daerah berbeza. Maka berhari rayalah di kawasan atau daerah masing-masing. Sebelum ini secara berseloroh ada senarai kampung…

Read More