Arab Saudi catat 1,039 kes harian

RIYADH 7 Mei – Arab Saudi terus merekodkan lebih 1,000 kes apabila dalam tempoh 24 jam terdapat 1,039 kes jangkitan baharu, iaitu turun sedikit berbanding 1,090 yang direkodkan sebelum ini.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini ada sebanyak 424,445.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 13 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian 7,045.

Kementerian juga melaporkan 1,061 kes sembuh melebihi 24 jam lepas dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 407,650.

Sementara itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 386 kes diikuti Makkah 274 dan daerah Timur 140.

Related posts

Leave a Comment