Pertambahan kes di Selangor

PUTRAJAYA 7 Mei – Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan pertambahan kes dari 1,137 semalam kepada 1,424 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 140,270.

Daripada jumlah ini, sebanyak 1,165 kes (81.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan

Ini diikuti Sarawak yang mencatatkan 750 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 436, Johor 327 dan Pulau Pinang 313.

Berikut negeri yang mencatat lebih 100 kes harian

  • Selangor: 1,424 kes
    • 91 kes daripada kluster-kluster, termasuk 22 kes daripada kluster-kluster baharu iaituKluster Jalan Nouvelle, Kluster Persiaran Perpaduan USJ, dan Kluster Pulau Ketam;
    • 1,074 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 259 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 750 kes
    • 134 kes daripada kluster-kluster, termasuk 72 kes daripada kluster-kluster baharu iaituKluster Beladin, Kluster Blok D Jalan Pending, Kluster Jalan Limbang, dan Kluster Penurin;
    • 544 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 70 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 436 kes
    • 25 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Manjalara Idaman, Kluster Jalan Midah Besar, dan Kluster Jalan Udang Harimau;
    • 246 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 162 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 327 kes
    • 107 kes daripada kluster-kluster, termasuk 74 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kempas Pagoh dan Kluster Jalan Pahlawan Empat;
    • 133 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 87 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 313  kes
    • 60 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 116 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 137 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 297 kes 
    • 48 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Besar Pasir Mas dan Kluster Kampung Kochang;
    • 168 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 81 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 209 kes
    • 88 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Dah Lengkuas dan Kluster Dah Utama;
    • 78 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 188 kes
    • 46 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 90 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 52 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 153 kes 
    • 101 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ladang LSP;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 148 kes
    • 62 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17  kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Perusahaan Empat;
    • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 46 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Related posts

Leave a Comment