Thailand catat 2,044 kes, 18 maut

BANGKOK 7 Mei – Thailand terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 dengan merekodkan 2,044 kes berbanding 1,911 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 78,855 kes.

Jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan dengan 27 orang berbanding 18 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 363 kematian.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 2,377 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan 49,172 pesakit pulih

Kes kematian pula melibatkan 18 orang di Bangkok, masing-masing dua di Nonthaburi dan Samut Prakan, masing-masing satu kes di Pathum Thani, Chaiyaphum, Chachoengsao, Ranong dan Rayong.

Mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada 15 lelaki dan 12 wanita berumur antara 30 hingga 90 tahun yang turut menghidap pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, obesiti, kanser, paru-paru dan strok.

Sebanyak 2,044 kes baharu dilaporkan di 68 wilayah termasuk 2,040 jangkitan tempatan di mana 1,820 disahkan di hospital dan 220 melalui ujian pengesanan.

Bangkok merekodkan 869 kes diikuti Nonthaburi (201), Samut Prakan (165), 89 in Chon Buri (89), 69 in Samut Sakhon (69), 60 in Surat Thani (60), 39 in Pathum Thani (39), 33 in Chiang Mai (33), 32 in Ayutthaya (32) dan 29 kes masing-masing di Nakhon Pathom dan Ranong.

Empat kes yang dikuarantin selepas ketibaan dari Malaysia dan satu Tanzania.

Sementara itu, daripada 78,855 kes, sebanyak 49,172 (62%) dilaporkan pulih manakala 29,320 masih di hospital termasuk  1,170 daripadanya kritikal dan 367 memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment