19 kluster baharu

PUTRAJAYA 7 Mei – Sebanyak 19 kluster baharu dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 10 kluster tempat kerja, empat kluster komuniti, tiga kluster keagamaan, dan dua kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM.

Perincian 19 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER PERSIARAN PERPADUAN USJ

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, Kuala Selangor, dan Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 April 2021 hasil saringan bersasar kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Persiaran Perpaduan, USJ 5, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 137 individu telah disaring, di mana 43 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER  JALAN NOUVELLE

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat dan Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 Mei 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Nouvelle, Nouvelle Industrial Park, Balakong, Seri Kembangan. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MANJALARA IDAMAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mei 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Manjalara Idaman, Bandar Manjalara, Kepong. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER UDANG HARIMAU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mei 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Udang Harimau 2, Medan Niaga Kepong. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 14 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BESAR PASIR MAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pasir Mas di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-414591) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Besar, Pasir Mas. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 75 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BLOK D JALAN PENDING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuching, Bau, Sibu, dan Samarahan di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 19 April 2021 hasil saringan bersasar kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Blok D, Jalan Pending, Kuching. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 579 individu telah disaring, di mana 54 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KEMPAS PAGOH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kempas, Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 972 individu telah disaring, di mana 77 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LADANG LSP

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan dan Sandakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 385518) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan tempat kerja. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang yang terletak di Kinabatangan. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 129 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PERUSAHAAN EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kerian serta Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-400824) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perusahaan 4, Kamunting, Larut, Matang, dan Selama. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 85 individu telah disaring, di mana 26 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PKAK AYER KEROH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-417389) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat penginapan yang terletak di Jalan PKAK dan Jalan PKAK 2, Pusat Komersial Ayer Keroh, Melaka Tengah. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 243 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PULAU KETAM

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Klang, Petaling, dan Sabak Bernam di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-411696) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti sosial yang diadakan daripada 23 April 2021 sehingga 25 April 2021 oleh komuniti Pulau Ketam, Klang. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PENURIN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Betong dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-413884) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mei 2021 hasil saringan pra pembedahan. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Penurin, Betong. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 185 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG KOCHANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pasir Mas di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-353276) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Kochang, Bunut Susu, Pasir Mas. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 64 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DAH LENGKUAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Setar di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-408555) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021 hasil saringan kendiri. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Taman Lengkuas, Simpang Empat, Alor Setar. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN LIMBANG

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Miri, Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-416407) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Limbang, Taman Tunku, Miri. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 108 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER  BELADIN

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Pusa di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-416403) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Hilir Beladin, Pusa. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 435 individu telah disaring, di mana 46 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DAH UTAMA

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-411430) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Utama Alor Setar-Sungai Petani, Gurun, Kuala Muda.  Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PAHLAWAN EMPAT

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-418588) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Pahlawan 4, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 336 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MIDAH BESAR

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-410077) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Midah Besar, Taman Midah, Cheras. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment