Peningkatan kes membimbangkan

PUTRAJAYA 7 Mei – Kes baharu Covid-19 hari ini merekodkan angka yang membimbangkan apabila berlaku pertambahan hampir 1,000 kes iaitu 4,498 berbanding 3,551 yang dilaporkan semalam.

Daripada 4,498 kes itu, sebanyak 4,493 adalah kes tempatan dan lima import.

Sebanyak 3,449 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 396,004.

Kes kematian pula kini meningkat kepada 1,632 apabila 22 lagi kematian direkodkan.

Pada masa yang sama, sebanyak 372 kes dirawat di ICU dan 211 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment