India catat 414,000 kes harian

NEW DELHI 7 Mei – India mencatat satu lagi rekod dunia hari ini apabila  mencatatkan lebih 414,000 jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Jumlah itu mengatasi kes yang direkodkan semalam (Khamis) sebanyak 412,262.

Angka Kementerian Kesihatan menunjukkan terdapat 414,188 kes dalam 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21,49 juta.

Sebanyak 3,915 kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 234,083.

India yang bergelut dengan gelombang pandemik kedua menyebabkan sistem kesihatan negara itu lumpuh. 

Mahkamah Tinggi Delhi pada Khamis memerintahkan pihak berkuasa memberikan rawatan perubatan kepada semua yang dijangkiti Covid-19. 

Sejak 27 April, negara ini juga telah menerima sumbangan antarabangsa untuk bekalan dan peralatan perubatan.  

Related posts

Leave a Comment