Benar kadar kompaun boleh dirayu. Tetapi pertimbangan boleh diberi kerana dia bukan berniaga di kawasan SESAK seperti di bazar Ramadan atau bazar Aidilfitri. Dia juga bukan berada di kawasan SEMPIT. Dan rasanya tidak ada SEMBANG atau bertutur jarak yang dekat” TINDAKAN ‘tegas’ polis berhubung langkah membendung penularan pandemik Covid-19 menarik perhatian masyarakat. Isu berkaitan kompaun RM10,000 ; RM50,000, masjid dikompaun serta membilang kasut dan kereta pada hari raya mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Ada yang mengkritik dan ada yang sinis. Itu persepsi masing-masing. Apa yang penting penguatkuasaan itu adalah…
Read MoreMonth: April 2021
Khabar gembira, pembawa amaran..
Kerajaan komited laksana undi 18
PUTRAJAYA 29 April – Pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun sedang diusahakan agar ia dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan. Katanya, kerajaan komited untuk melaksanakan Undi 18 sebagaimana pindaan kepada peruntukan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui sebulat suara di Parlimen secara dwipartisan pada tahun 2019. Susulan keputusan tersebut, yang dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan beberapa perkara lagi berkaitan peruntukan undang-undang tertentu dan perkara teknikal. “Ia termasuk memperkemas kini sistem…
Read MoreHayati peristiwa Nuzul al-Quran
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman menyeru seluruh umat Islam agar menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya kitab suci al-Quran. Baginda turut mengingatkan agar Muslimin dan Muslimat sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan mengambil pengajaran daripada isi kandungan al-Quran. Al-Quran telah mengangkat Islam sebagai sebuah agama yang lengkap bersifat rahmat, selamat, adil, sederhana dan toleransi untuk kehidupan manusia seluruhnya. Baginda berdua bertitah demikian menerusi posting yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office bersempena Hari Nuzul al-Quran yang disambut…
Read MoreBoleh jual 36 bunga api raya
KUALA LUMPUR 29 April – Hanya 36 bunga api jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ boleh dijual kepada umum pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, Mat Kasim Karim. Katanya, bunga api yang dibenarkan dijual secara umum adalah Pop-Pop, Happy Boom Dush 20, Happy Boom Glow of Sunset, Happy Boom Flower Silver Cracking Rain dan Happy Boom Thunder Clap (Rockets). Bagaimanapun, sembilan jenis bunga api ‘Happy Boom’ bagi kategori jualan umum sempena musim perayaan (bersyarat) itu tidak boleh diniagakan oleh peniaga kecil, peruncit dan pasar…
Read MoreCovid-19: Lagi masjid ditutup
SINGAPURA 29 April – Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran ditutup sementara berikutan terdapat kes individu mengunjungi masjid berkenaan disahkan positif Covid-19. Kementerian Kesihatan mengesahkan kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), individu berkenaan hadir ke masjid untuk solat Asar pada 16 April lalu. Berikutan itu, MUIS memaklumkan masjid berkenaan ditutup sehari hari ini untuk kerja pembersihan dan penyahjangkitan Masjid dijangka dibuka semula untuk solat Jumaat esok. MUIS juga akan membantu MoH untuk mengesan kontak rapat jemaah berkenaan untuk tindakan selanjutnya. Sebelum ini, Masjid Petempatan Melayu Sembawang ditutup dua hari mulai 27…
Read MoreDos kedua selepas 6 minggu
SUSULAN kelewatan penghantaran vaksin, Turki melanjutkan tempoh selang antara dua dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer and BioNTech, daripada 28 hari kepada enam hingga lapan minggu. Menteri Kesihatan Fahrettin Koca memberitahu, keputusan diambil selepas perbincangan dengan Ketua Eksekutif BioNTech, Ugur Sahin. Sebanyak 8.7 juta orang telah menerima vaksin penuh. Selain Pfizer, Turki turut menandatangani perjanjian untuk menerima 50 juta dos vaksin Sputnik V dalam masa enam bulan, dengan pengiriman pertama dijangka tiba pada Mei. Beliau menjangkakan, negara Asia Barat itu akan menghadapi kekurangan vaksin dalam beberapa bulan akan datang, tetapi akan…
Read MoreMedia Hari Ini 29.04.2021
Thailand catat 2,012 kes baharu
BANGKOK 28 April – Thailand merekodkan 2,012 kes baharu Covid-19 dengan 15 kematian yang menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 61,699 manakala kematian 178 orang. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kematian melibatkan 11 lelaki dan empat wanita berumur antara 35 hingga 88. Sembilan daripada mereka di Bangkok, dua di Chiang Mai dan Samut Prakan dan setiap satu di Chon Buri dan Ranong. Daripada 2,012 kes baharu dalam tempoh 24 jam, 2,001 adalah kes jangkitan tempatan dan 11 import. Bangkok merekodkan 830 kes baharu, Samut Prakan 161, Chon Buri 108, Nonthaburi…
Read MoreArab Saudi catat 1,062 kes
RIYADH 28 April – Kementerian Kesihatan (MoH) merekodkan 1,062 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 415,281 kes Dalam tempoh 24 jam itu, 13 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,935 kematian. MoH juga merekodkan 867 kes pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 398,454. Riyadh merekodkan 458 kes diikuti Makkah 231 dan enam di daerah Timur. Kes aktif pula adalah 9,892 di mana 1,298 kritikal .
Read More