Thailand catat 2,012 kes baharu

BANGKOK 28 April – Thailand merekodkan 2,012 kes baharu Covid-19 dengan 15 kematian yang menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 61,699 manakala kematian 178 orang.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kematian melibatkan 11 lelaki dan empat wanita berumur antara 35 hingga 88. Sembilan daripada mereka di Bangkok,

dua di Chiang Mai dan Samut Prakan dan setiap satu di Chon Buri dan Ranong.

Daripada 2,012 kes baharu dalam tempoh 24 jam, 2,001 adalah kes jangkitan tempatan dan 11 import.

Bangkok merekodkan 830 kes baharu, Samut Prakan 161, Chon Buri 108, Nonthaburi 71, Samut Sakhon 59 dan Pathum Thani 57.

Sebelas kes import pula melibatkan mereka yang dikuarantin selepas ketibaan dari

India, Emiriyah Arab Bersatu, Republik Czech, Qatar dan China.

Daripada 61,699 kes seluruhnya, 34,402 (55%) telah sembuh termasuk 851 yang sembuh dalam tempoh 24 jam manakala 27,119 masih dirawat di hospital di mana 695 kritikal dan 199 bergantung  kepada bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment