Kes di Filipina kini 1,020,495

MANILA 28 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan 6,895 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,020,495 dengan kes aktif 67,769. Setakat pukul 4 petang, 10,739 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada  jumlah keseluruhan 935,695 orang pulih atau 91.7 peratus daripada keseluruhan kes. Pada masa yang sama, 115 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah terkumpul 17,031 kematian.

Read More

7 lokaliti di Pahang kena PKPD

KUALA LUMPUR 28 April – Tujuh lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 29 April hingga 12 Mei depan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Dalam satu kenyataan, beliau memberitahu, turut dikenakan perintah yang sama adalah masing-masing satu di Kelantan dan Negeri Sembilan. Di Kelantan membabitkan Maahad Tahfiz Al Azhari (MTAZ) di Machang setelah kes menular dalam kalangan warga MTAZ dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi berdasarkan trend pertambahan kes baharu . Manakala PKPD di lokaliti di Negeri Sembilan pula melibatkan Kampung Bangkahulu di Gemas di mana…

Read More

11 kluster baharu, 376 aktif

PUTRAJAYA 28 April – Terdapat 11 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini yang melibatkan empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), masing-masing tiga kluster tempat kerja dan kluster komuniti, dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi. Jumlah keseluruhan kluster pula adalah 1,614 tetapi 1,247 telah tamat termasuk dua kluster yang tamat  hari ini iaitu Kluster Industri Subang dan Kluster Tapak Bina Tanjung. Sebanyak 376 kluster aktif di mana 72 menambah kes baharu termasuk yang tertinggi iaitu Kluster Jalan Kempas Muar (66 kes), Kluster Putai…

Read More

Selangor lepasi 1,000 kes

PUTRAJAYA 28 April – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,019 kes (32.4 peratus) berbanding 750 semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 819 kes (80.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 523 kes (16.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 440 kes (14.0 peratus). Selangor: 1,019 kes 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk 40 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gombak Dua, Kluster Jalan Sekinchan, dan Kluster Leboh Gambus; 759 kes daripada saringan…

Read More

Melonjak melebihi 3,000

PUTRAJAYA 28 April – Kes jangkitan baharu Covid-19 melonjak melebihi angka 3,000 hari ini apabila merekodkan 3,142 kes, berbanding 2,733 semalam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 401,593 kes. Kali terakhir negara mencatatkan angka melebihi 3,000 adalah pada 25 Februari lalu sebelum kes jangkitan harian menurun. Ketua Pengarah Kesihatan  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah keseluruhan kes, 3,129 adalah kes tempatan manakala 13 import. Sebanyak lima kes (0.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan pusat tahanan yang membabitkan Kluster Pagar Sri Lalang (3 kes) dan Kluster Tembok…

Read More

Data Covid-19 bukan rekaan

PUTRAJAYA 28 April – Data dan laporan analisis harian Covid-19 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah sahih dan tepat serta dikendalikan mengikut prosedur tertentu, kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba. Beliau yang menolak dakwaan kononnya data Covid-19 di negara ini hanya ciptaan dan direka berkata, semua keputusan ujian yang dijalankan sama ada di klinik kesihatan kerajaan, hospital mahupun fasiliti perkhidmatan kesihatan swasta wajib dimuat naik ke dalam Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA). Sistem itu dipantau oleh KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Kesihatan Negeri dan Makmal Kesihatan Awam…

Read More

Perokok lebih berisiko jika dijangkiti

PUTRAJAYA 28 April – Golongan perokok yang dijangkiti Covid-19 lebih berisiko mengalami kerosakan hati, buah pinggang dan sindrom gangguan pernafasan akut, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali. Beliau berkata data itu diperoleh melalui kajian Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai risiko komplikasi golongan perokok dijangkiti Covid-19 terhadap 5,889 kes Covid-19 yang dirawat di seluruh negara dari 1 Februari hingga 31 Mei 2020. Daripada 5,889 pesakit itu, seramai 791 individu adalah perokok dengan 773 daripadanya perokok lelaki (97.7 peratus) manakala 18 lagi (2.3 peratus) adalah wanita, dan 5,098 lagi bukan perokok,…

Read More

Program perdana gugurkan AstraZeneca

PUTRAJAYA 28 April – Kerajaan tidak akan menggunakan vaksin  AstraZeneca dalam program arus perdana program imunisasi sebaliknya hanya akan diberi kepada pemohon sukarela menerusi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata tindakan berkenaan diambil susulan mempertimbangkan kegusaran rakyat mengenai keselamatan vaksin itu. Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), berkata pemberian vaksin itu akan dimulakan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam masa terdekat. “Pemberian vaksin ini tidak dihadkan kepada mereka yang layak…

Read More

UPSR mansuh, PT3 2021 batal

PUTRAJAYA 28 April – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memuktamadkan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun ini, dan membatalkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021. Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin berkata tiada peperiksaan ganti bagi UPSR manakala pembatalan PT3 mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah. Katanya, UPSR sebagai satu komponen untuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) “Namun begitu apabila kita melaksanakan PKSK bagi membolehkan murid masuk ke SBP, kita lihat hanya 1/4 jumlah keseluruhan murid dalam…

Read More

Istana Terbuka Hari Raya

SINGAPURA 28 April – Selepas ditutup disebabkan pandemik Covid-19, Istana akan membuka semula pekarangannya kepada orang awam pada 13 Mei, bagi meraikan Hari Buruh dan Hari Raya Puasa, Menurut kenyataan Pejabat Presiden, orang ramai boleh mengunjungi kebun-kebun dan ruang-ruang terbuka di pekarangan Istana, termasuk sebuah kebun inklusif baru yang dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob pada Februari. “Dengan pelonggaran lanjut langkah-langkah masyarakat dalam Fasa 3 pembukaan semula, Istana akan membuka semula pekarangannya untuk rumah terbuka Istana secara bertahap-tahap dengan langkah-langkah pengurusan selamat dilaksanakan,” tambah Bagaimanapun, tidak seperti rumah terbuka sebelumnya, tiada persembahan,…

Read More