Dos kedua selepas 6 minggu

SUSULAN kelewatan penghantaran vaksin, Turki melanjutkan tempoh selang antara dua dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer and BioNTech, daripada 28 hari kepada enam hingga lapan minggu.

Menteri Kesihatan Fahrettin Koca memberitahu, keputusan diambil selepas perbincangan dengan Ketua Eksekutif BioNTech, Ugur Sahin.

Sebanyak 8.7 juta orang telah menerima vaksin penuh.

Selain Pfizer, Turki turut menandatangani perjanjian untuk menerima 50 juta dos vaksin Sputnik V dalam masa enam bulan, dengan pengiriman pertama dijangka tiba pada Mei.

Beliau menjangkakan, negara Asia Barat itu akan menghadapi kekurangan vaksin dalam beberapa bulan akan datang, tetapi akan menerima sejumlah besar dos selepas ini.

Setakat ini, negara dengan populasi 84 juta orang itu menggunakan lebih 22 juta dos vaksin Pfizer dan Sinovac.

Sementara itu, Koca memaklumkan, Turki mengesan lima kes varian baharu yang pertama kali dijumpai di India. Kesemua kes dikesan di Istanbul dan pesakit telah diasingkan.

Related posts

Leave a Comment