BANGKOK 29 April – Thailand merekodkan 1,871 kes baharu Covid-19 dan 10 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 63,570 kes serta 188 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), enam kematian berlaku di Bangkok, dan yang lain di Nakhon Sawan, Samut Prakan, Yasothon dan Ayutthaya. Mangsa berusia 45 hingga 91 tahun terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita di mana lima daripada mereka menghidap diabetes di samping ada juga yang obesiti serta penyakit darah tinggi, strok, jantung, paru-paru dan buah pinggang. Daripada 1,871 kes baharu, 1,864 adalah jangkitan tempatan —…
Read MoreMonth: April 2021
8,276 kes baharu Filipina
MANILA 29 April – Filipina hari ini merekodkan 8,276 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,028,738 kes. Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) turut melaporkan 6,636 kes pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah pulih 942,239 atau 91.6 peratus. Bagi tempoh yang sama, 114 kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlah kumulatif mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 sebanyak 17,145. Kes aktif pula sebanyak 69,354.
Read MoreIndia lepasi 18 juta kes
JUMLAH kes Covid-19 di India sudah melepasi angka 18 juta orang pada Khamis, 29 April selepas satu lagi ‘rekod dunia’ baharu dicatatkan berhubung jangkitan koronavirus tersebut. Menurut data Kementerian Kesihatan negara itu, dalam tempoh 24 jam, India melaporkan sejumlah 379,257 kes baharu Covid-19 dan 3,645 kematian. Angka kematian dalam sehari itu adalah yang tertinggi direkodkan setakat ini sejak pandemik bermula. Sementara itu, pekerja pengurusan mayat bertungkus-lumus sepanjang waktu. Menurut laporan media, kerja mengebumi mayat menjadi rumit, malah banyak upacara pembakaran mayat terpaksa dilakukan di kawasan terbuka seperti di tapak letak…
Read More12 kluster baharu, 378 aktif
PUTRAJAYA 29 April – Sebanyak 12 kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan empat kluster komuniti, masing-masing tiga kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kluster tempat kerja, serta dua kluster keagamaan. Jumlah kluster kini 1,638 kluster, bagaimanapun 1,260 tamat termasuk empat hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Usahawan, Kluster Jalan Azlan, Kluster Banggol Chicha, dan Kluster Jalan Sebelas. Sebanyak 378 kluster aktif dan 83 kluster merekodkan pertambahan kes baharu termasuk Kluster DTI Lenggeng (43 kes), Kluster Raub Jaya (38 kes), dan Kluster Jalan Adika Raja (33…
Read MoreKes baharu terus meningkat
PUTRAJAYA 29 April – Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 melebihi 3,000 apabila merekodkan 3,332 kes berbanding 3,142 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 404,925 kes. Daripada jumlah itu, 3,323 adalah kes tempatan yang melibatkan 3,099 warganegara dan 224 bukan warganegara manakala kes import pula sembilan iaitu seorang warganegara dan lapan bukan warganegara. Sebanyak 1,943 kes telah pulih menjadikan 375,340 pesakit sembuh manakala kes aktif pula 28,093. Pada masa sama 15 kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,492 kes. Kes yang mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah…
Read MoreKes tertinggi di Selangor
PUTRAJAYA 29 April – Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi hari ini dengan merekodkan 1,083 kes berbanding 1,019 yang dilaporkan semalam. Ini diikuti Sarawak dengan 522 kes berbanding 416 semalam dan Kelantan 401. Labuan tidak merekodkan kes positif baharu Selangor: 1,083 kes 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bukit Rotan, Kluster Jalan RP Tiga, dan Kluster Jalan TIga Belas – Tiga; 705 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan 342 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Sarawak: 522 kes 48 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster-kluster baharu…
Read MoreMenteri komunikasi positif Covid-19
KUALA LUMPUR 29 April – Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah disahkan positif Covid-19, setelah mendapat keputusan ujian saringan pada malam Rabu. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital. Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Kementerian berkata, Saifuddin akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian berjalan dengan lancar. Saifuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau dan…
Read MoreCovid-19: Hospital swasta penuh
KUALA LUMPUR 29 April – Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berharap masyarakat lebih bertanggungjawab untuk mencegah penularan acovid-19 serta mematuhi semua SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan. Presidennya Dr Kuljit Singh berkata, ini kerana sebilangan besar hospital swasta khususnya di Lembah Klang, tidak dapat menerima lagi pesakit Covid-19 berikutan peningkatan jumlah pesakit tersebut di fasiliti mereka dalam tempoh 14 hari. Katanya, semua katil yang disediakan di wad Covid-19 dan juga wad pengasingan di unit rawatan rapi (ICU) telah dipenuhi. Beliau berkata, hospital swasta menghadapi kekangan dari segi bilangan katil pesakit…
Read MoreDua lagi masjid ditutup
SINGAPURA 29 April – Dua lagi masjid, Masjid Hajjah Fatimah dan Masjid Al-Falah ditutup pada hari ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman dilakukan. Pembersihan dibuat setelah seorang individu yang mengunjungi kedua-dua masjid itu disahkan positif Covid-19. Sebelum ini, atas faktor yang sama Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran ditutup sementara juga pada hari ini (29 April) manakala Masjid Petempatan Melayu Sembawang ditutup pada Selasa, 27 April. Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), individu berkenaan mengunjungi Masjid Hajjah Fatimah pada 14, 15 dan 17 April pada waktu solat Zuhur dan…
Read MoreJururawat terima dua dos positif C-19
SINGAPURA 29 April – Seorang jururawat, warga Filipina berusia 46 tahun yang bertugas di wad biasa di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) disahkan positif Covid-19 walaupun telah menerima dua dos suntikan vaksin. Wanita itu mula batuk, sakit tekak dan mengalami sengal badan pada 27 April dan mendapatkan rawatan perubatan di TTSH dan diuji positif Covid-19 pada hari yang sama dan dimasukkan ke wad di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit. Dia menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 26 Januari dan dos kedua pada 18 Februari. Berikutan kes itu, TTSH menutup wad…
Read More