Hayati peristiwa Nuzul al-Quran

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman menyeru seluruh umat Islam agar menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya kitab suci al-Quran.

Baginda turut mengingatkan agar Muslimin dan Muslimat sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan mengambil pengajaran daripada isi kandungan al-Quran.

Al-Quran telah mengangkat Islam sebagai sebuah agama yang lengkap bersifat rahmat, selamat, adil, sederhana dan toleransi untuk kehidupan manusia seluruhnya.

Baginda berdua bertitah demikian menerusi posting yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office bersempena Hari Nuzul al-Quran yang disambut hari ini.

(Foto FB Selangor Royal Office)

Related posts

Leave a Comment