Covid-19: Lagi masjid ditutup

SINGAPURA 29 April – Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran ditutup sementara berikutan terdapat kes individu mengunjungi masjid berkenaan disahkan positif Covid-19.

Kementerian Kesihatan mengesahkan kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), individu berkenaan hadir ke masjid untuk solat Asar pada 16 April lalu.

Berikutan itu, MUIS memaklumkan masjid berkenaan ditutup sehari hari ini untuk kerja pembersihan dan penyahjangkitan

Masjid dijangka dibuka semula untuk solat Jumaat esok.

MUIS juga akan membantu MoH untuk mengesan kontak rapat jemaah berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Masjid Petempatan Melayu Sembawang ditutup dua hari mulai 27 April bagi kerja pembersihan dan penyahjangkitan berikutan  kunjungan seorang jemaah yang diuji positif Covid-19 pada 23 April lalu.

Related posts

Leave a Comment