12 kluster baharu, 378 aktif

PUTRAJAYA 29 April  – Sebanyak 12 kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan empat kluster komuniti, masing-masing tiga kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kluster tempat kerja, serta dua kluster keagamaan.

Jumlah kluster kini 1,638 kluster, bagaimanapun 1,260 tamat termasuk empat hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Usahawan, Kluster Jalan Azlan, Kluster Banggol Chicha, dan Kluster Jalan Sebelas.

Sebanyak 378 kluster aktif dan 83 kluster merekodkan pertambahan kes baharu termasuk Kluster DTI Lenggeng (43 kes), Kluster Raub Jaya (38 kes), dan Kluster Jalan Adika Raja (33 kes).

Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER BUKIT ROTAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam, Petaling, dan  Klang di Selangor serta daerah  Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-387591) dilaporkan positif Covid-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian yang diadakan di Bukit Rotan, Kuala Selangor pada 16 April 2021. Sehingga 29 April, sejumlah 45 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SILENG DAYAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Lundu dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-383527) dilaporkan positif Covid-19 pada 22 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Sileng Dayak, Lundu. Sehingga 29 April, sejumlah 1,740 individu disaring, di mana 72 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG PEMANOK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-384454) dilaporkan positif Covid-19 pada 22 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Pemanok, Machang. Sehingga 29 April, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif.

  • KLUSTER RAUB JAYA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Raub, Lipis, dan Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 387502) dilaporkan positif Covid-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Raub Jaya, Raub. Sehingga 29 April, sejumlah 270 individu telah disaring, di mana 54 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TABUAN JAYA

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kuching, Serian, dan Samarahan di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-372265) dilaporkan positif Covid-19 pada 17 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Tabuan Jaya, Kuching. Sehingga 29 April, sejumlah 252 individu disaring, di mana 22 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BATU LADA

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kuala Krai dan Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-384144) dilaporkan positif Covid-19 pada 22 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Batu Lada, Kuala Krai. Sehingga 29 April, sejumlah 191 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN ABDUL RAHMAN ANDAK

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394000) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Bahru. Sehingga 29 April, sejumlah 279 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN RP TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak dan Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 27 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan RP 3, Kawasan Industri Rawang Perdana, Gombak. Sehingga 29 April, sejumlah 128 individu disaring, di mana 46 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TIGA BELAS – TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 23 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan 13/3, Seksyen 13, Petaling Jaya. Sehingga 29 April, sejumlah 164 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN ADIKA RAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Perak di Perak dan daerah Baling di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-398301) dilaporkan positif Covid-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelatih-pelatih sebuah pusat latihan yang terletak di Jalan Adika Raja, Pengkalan Hulu, Hulu Perak. Sehingga 29 April, sejumlah 88 individu disaring, di mana 34 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG PARIT BUNGA

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Tangkak di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-396745) dilaporkan positif Covid-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Parit Bunga Raya Hujung, Bukit Gambir, Tangkak. Sehingga 29 April, sejumlah 18 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN POKOK ASSAM

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 376714) dilaporkan positif Covid-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Pokok Assam, Taiping. Sehingga 29 April, sejumlah 38 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment