Thailand catat 1,871 kes, 10 kematian

BANGKOK 29 April – Thailand merekodkan 1,871 kes baharu Covid-19 dan 10 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 63,570 kes serta 188 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), enam kematian berlaku di Bangkok, dan yang lain di Nakhon Sawan, Samut Prakan, Yasothon dan Ayutthaya.

Mangsa berusia 45 hingga 91 tahun terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita di mana lima daripada mereka menghidap diabetes di samping ada juga yang obesiti serta penyakit darah tinggi, strok, jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Daripada 1,871 kes baharu, 1,864 adalah jangkitan tempatan — 1,830 disahkan di hospital dan 34 melalui ujian pengesanan.

Bangkok merekodkan 689 kes, Samut Prakan 151, Chon Buri 112, Chiang Mai 89, dan Pathum Thani 81.

Tujuh kes import pula melibatkan mereka yang dikuarantin selepas ketibaan dari India (2), Malaysia (2), Switzerland (1), Jepun (1) dan Hungary (1).

Sebanyak 35,394 kes  (55.68%) dilaporkan sembuh termasuk  992 yang sembuh dalam tempoh 24 jam manakala 27,988 masih di hospital, 786 dalam keadaan serius dan 230 pesakit bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment