8,276 kes baharu Filipina

MANILA 29 April – Filipina hari ini merekodkan 8,276 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,028,738 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) turut melaporkan 6,636 kes pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah pulih 942,239 atau 91.6 peratus.

Bagi tempoh yang sama, 114 kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlah kumulatif mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 sebanyak 17,145.

Kes aktif pula sebanyak 69,354.

Related posts

Leave a Comment