Kes baharu terus meningkat

PUTRAJAYA 29 April – Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 melebihi 3,000 apabila merekodkan 3,332 kes berbanding 3,142 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 404,925 kes.

Daripada jumlah itu, 3,323 adalah kes tempatan yang melibatkan 3,099 warganegara dan 224 bukan warganegara manakala kes import pula sembilan iaitu seorang warganegara dan lapan bukan warganegara.

Sebanyak 1,943 kes telah pulih menjadikan 375,340 pesakit sembuh manakala kes aktif pula 28,093.

Pada masa sama 15 kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,492 kes.

Kes yang mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah 309 kes dan 147 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment