SINGAPURA 29 April – Dua lagi masjid, Masjid Hajjah Fatimah dan Masjid Al-Falah ditutup pada hari ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman dilakukan.
Pembersihan dibuat setelah seorang individu yang mengunjungi kedua-dua masjid itu disahkan positif Covid-19.
Sebelum ini, atas faktor yang sama Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran ditutup sementara juga pada hari ini (29 April) manakala Masjid Petempatan Melayu Sembawang ditutup pada Selasa, 27 April.
Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), individu berkenaan mengunjungi Masjid Hajjah Fatimah pada 14, 15 dan 17 April pada waktu solat Zuhur dan Asar.
Individu berkenaan juga mengunjungi Masjid Hajjah Fatimah pada 14, 15 dan 17 April pada waktu solat Zuhur dan Asar.
Beliau juga berkunjung ke Masjid Al-Falah pada 16 April bagi solat Jumaat sesi ketiga.
MUIS melalui Facebooknya memaklumkan kedua-dua masjid itu akan dibuka semula pada Jumaat (30 April) pada waktu solat Zuhur.
Semua pendaftaran bagi solat berjemaah terbatal secara automatik, termasuk tempahan untuk solat Tarawih.
(Gambar fail Masjid Abdul Hamid)