Acryl Sani KPN baharu

PUTRAJAYA 30 April – Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa Selasa depan sehingga tarikh persaraan beliau Oktober ini. Penyerahan surat pelantikan itu diserahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dalam majlis khas pagi ini di Putrajaya. Bagaimanapun, siapa yang bakal menggantikan tempat Acryl Sani masih menjadi tanda tanya. Acryl Sani, 60, yang kini berada kedudukan nombor dua pasukan Sang Saka Biru berpengalaman luas dalam tugas kepolisan. Antaranya beliau pernah menjadi pengarah di beberapa jabatan di Bukit Aman antaranya Jabatan Siasatan…

Read More

Akses vaksin tidak sama rata

LISBON: Lebih satu bilion suntikan vaksin Covid-19 telah diedarkan secara global tetapi 82 peratus daripadanya diedarkan kepada penduduk di negara-negara kaya. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, hanya 0.3 peratus vaksin pula diedar pada penduduk negara-negara miskin. “Seperti yang anda semua tahu, ketidaksamarataan akses kepada bekalan vaksin merupakan salah satu cabaran menangangi pandemik ini,” katanya. Beliau berkata, krisis Covid-19 mendedahkan keperluan mendesak untuk diadakan sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan yang dapat memastikan kesediaan, kemampuan dan akses sama rata kepada ubat-ubatan dan teknologi perubatan. Dr…

Read More

Jokowi turun ke bendang

SEMALAM, Khamis, Presiden Indonesia Joko Widodo singgah di sawah Desa Kanigoro, Kabupaten Malang. Beliau bersama Ketua DPR, Maharani, menyaksikan para petani menanam padi sementara itu, di sawah sekitarnya, petani lain sedang menuai. Menurut Jokowi, mereka juga berdialog dengan petani yang menyatakan perlunya penggunaan mesin tuai, traktor dan teknologi pertanian lain.

Read More

Tutup masjid : MUIS minta jemaah prihatin

(Foto FB Masjid Yusof Ishak) SINGAPURA 30 April – Masjid-masjid di Singapura akan meningkatkan tahap waspada dari segi pengurusan selamat dan juga pembasmian kuman memandangkan kegiatan-kegiatan semasa Ramadan semakin meningkat. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berkata, Duta Khidmat Ramadan serta kakitangan dan sukarelawan masjid yang menjaga tempat masuk akan mempertingkat prosedur pengurusan selamat itu. Dalam satu kenyataan MUIS melalui Facebooknya, para jemaah juga akan diperingatkan supaya mengurangkan pergerakan dalam masjid manakala masjid-masjid akan menambah rejim pembersihan di zon solat selepas setiap sesi. Langkah itu diambil berikutan dalam tempoh tiga hari, …

Read More

Langkah Thailand bendung wabak

BANGKOK 30 April – Mulai esok, 1 Mei, Thailand mengambil beberapa langkah bagi mengawal penularan Covid-19 termasuk melanjutkan tempoh kuarantin wajib untuk pengunjung antarabangsa dari antara tujuh hingga 10 hari, kepada 14 hari. Dengan membahagikan kepada tiga kategori zon – zon merah gelap, merah dan orange, pemakaian pelitup muka juga diwajibkan di semua provinsi dalam negara itu. Larangan makan di restoran juga dikuatkuasakan di kawasan yang dikawal maksimum dan ketat di Bangkok, Chiang Mai, Chonburi, Nonthaburi, Pathum Thani dan Samut Prakan – yang dianggap sebagai kawasan berisiko tinggi untuk jangkitan.…

Read More

11 kematian di Arab Saudi

JEDDAH 29 April – Sebelas lagi pesakit meninggal dunia ketika Arab Saudi terus merekodkan kes jangkitan yang melebihi 1,000 kes untuk tiga hari berturut-turut bermula dengan 1,045 dan 1,061 kes. Menurut Kementerian Kesihatan sebanyak 1,055 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 399,509 Sementara itu daerah Riyadh terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 441 kes diikuti Makkah 231 dan wilayah Timur 133  . Kes aktif pula 9,852 orang dengan ketiadaan penjarakan fizikal.

Read More

16 kes tempatan di Singapura

SINGAPURA 29 April – Kementerian Kesihatan (MoH) mengesahkan 16 kes jangkitan baharu tempatan dan 19 import sehingga tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 61,121 kes. Jumlah kes dalam masyarakat itu yang dianggap tertinggi tidak merekodkan sebarang kes di asrama pekerja asing. Antara kes baharu itu, tujuh adalah anggota keluarga Kes 62517, iaitu lelaki Singapura, 38 tahun, yang bekerja sebagai pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) yang ditugaskan ke Terminal 1 Lapangan Terbang Changi. Mereka sudah diletakkan di bawah kuarantin sebelum ini. Lelaki itu disahkan positif Covid-19…

Read More

Jumlah kes Indonesia 1,517,432 orang

JAKARTA  29 April – Kes sembuh menunjukkan peningkatan apabila 6,015 lagi pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 1,517,432 orang. Kes positif pula meningkat kepada 1,662,868 orang selepas 5.833 lagi kes baharu direkodkan. Lima wilayah yang mencatatkan kes sembuh tertinggi adalah Jawa Tengah 1,415, Jawa Barat 1,145, Jakarta 480, Kalimantan Tengah 363 dan Yogyakarta menambahkan 313 orang dan kumulatifnya 34.149 orang.  Bagi kes positif pula, lima wilayah yang merekodkan kes tertinggi adalah Jawa Barat  (1,1119), Jakarta 987,  Jawa Tengah 592,, Riau 579, dan Jawa Timur 325. Sebanyak 218 lagi pesakit meninggal…

Read More