Akses vaksin tidak sama rata

LISBON: Lebih satu bilion suntikan vaksin Covid-19 telah diedarkan secara global tetapi 82 peratus daripadanya diedarkan kepada penduduk di negara-negara kaya.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, hanya 0.3 peratus vaksin pula diedar pada penduduk negara-negara miskin.

“Seperti yang anda semua tahu, ketidaksamarataan akses kepada bekalan vaksin merupakan salah satu cabaran menangangi pandemik ini,” katanya.

Beliau berkata, krisis Covid-19 mendedahkan keperluan mendesak untuk diadakan sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan yang dapat memastikan kesediaan, kemampuan dan akses sama rata kepada ubat-ubatan dan teknologi perubatan.

Dr Tedros mengulas mengenai perkara tersebut dalam satu sidang dalam talian yang dianjurkan di Portugal.

Related posts

Leave a Comment