JAKARTA 29 April – Kes sembuh menunjukkan peningkatan apabila 6,015 lagi pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 1,517,432 orang.
Kes positif pula meningkat kepada 1,662,868 orang selepas 5.833 lagi kes baharu direkodkan.
Lima wilayah yang mencatatkan kes sembuh tertinggi adalah Jawa Tengah 1,415, Jawa Barat 1,145, Jakarta 480, Kalimantan Tengah 363 dan Yogyakarta menambahkan 313 orang dan kumulatifnya 34.149 orang.
Bagi kes positif pula, lima wilayah yang merekodkan kes tertinggi adalah Jawa Barat (1,1119), Jakarta 987, Jawa Tengah 592,, Riau 579, dan Jawa Timur 325.
Sebanyak 218 lagi pesakit meninggal dunia dan kumulatifnya mencapai 45.334 kes atau persentasenya di angka 2,7% dari pesakit terkonfirmasi positif.
Bagi kematian, terdapat lima wilayah merekodkan kes tertinggi harian iaitu Jawa Tengah 74, Jawa Timur 25, Jawa Barat 25, Jakarta 23 dan kumulatifnya 6.662 kes serta Riau menambahkan 10 kes dan kumulatifnya 1.071 kasus.