16 kes tempatan di Singapura

SINGAPURA 29 April – Kementerian Kesihatan (MoH) mengesahkan 16 kes jangkitan baharu tempatan dan 19 import sehingga tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 61,121 kes.

Jumlah kes dalam masyarakat itu yang dianggap tertinggi tidak merekodkan sebarang kes di asrama pekerja asing.

Antara kes baharu itu, tujuh adalah anggota keluarga Kes 62517, iaitu lelaki Singapura, 38 tahun, yang bekerja sebagai pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) yang ditugaskan ke Terminal 1 Lapangan Terbang Changi.

Mereka sudah diletakkan di bawah kuarantin sebelum ini. Lelaki itu disahkan positif Covid-19 pada 27 April

Lapan lagi kes dikaitkan dengan jururawat warga Filipina berusia 46 tahun yang bertugas di Hospital Tan Tock Seng (TTSH). Setakat ini terdapat sembilan kes yang dikaitkan dengan TTSH

Selain itu, terdapat 19 kes import dan kesemuanya telah diletakkan di bawah notis jangan keluar rumah (SHN) atau diasingkan semasa tiba di Singapura.

Secara keseluruhan terdapat 35 kes jangkitan baharu Covid-19 di sini.

Related posts

Leave a Comment