JEDDAH 29 April – Sebelas lagi pesakit meninggal dunia ketika Arab Saudi terus merekodkan kes jangkitan yang melebihi 1,000 kes untuk tiga hari berturut-turut bermula dengan 1,045 dan 1,061 kes.
Menurut Kementerian Kesihatan sebanyak 1,055 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 399,509
Sementara itu daerah Riyadh terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 441 kes diikuti Makkah 231 dan wilayah Timur 133 . Kes aktif pula 9,852 orang dengan ketiadaan penjarakan fizikal.