916 kes, 13 kematian di Saudi

RIYADH 18 April – Arab Saudi merekodkan 916 kes baharu Covid-19 dengan 13 kematian dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 404,970 dan kematian akibat Covid-19 sebanyak 6,823. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 907 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 388,702. Daerah Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan catatan 402 kes diikuti Makkah 203 dan daerah Timur 131. Kes aktif pula 9,445 di mana 1,044 adalah kritikal.

Read More

Kes di Indonesia cecah 1.6 juta

JAKARTA 18 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia kini mencecah 1,604,348 kes termasuk penambahan 4,585 kes baharu hari ini dengan kes aktif 105,859 atau 6.6 peratus. Menurut Kementerian Kesihatan, kes sembuh pula melebihi kes jangkitan dengan merekodkan 4,873 menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan 1,455,065. Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula adalah 96 kes dan kumulatifnya mencapai 43.424 kes atau 2,7 peratus dari pasien terkonfirmasi positif Sementara itu, Jakarta menambah  950 kes baharu yang kumulatifnya masih  tertinggi mencapai 399.075 kes diikuti  Jawa Barat 769 , Jawa Tengah 396, Riau…

Read More

1,767 kes baharu di Thailand

BANGKOK 18 April – Thailand merekodkan 1,767 kes jangkitan baharu Covid-19, dua daripadanya kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan 42,352 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), dua lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 101. Kes kematian melibatkan seorang lelaki berusia 54 tahun yang meninggal pada Isnin di Bangkok dan seorang lagi wanita berusia 70 tahun yang meninggal pada Sabtu. Sebanyak 113 pesakit sembuh menjadikan 28,683 pulih manakala 13,568 masih mendapatkan rawatan. Jangkitan baharu hari ini melibatkan enam wilayah iaitu Bangkok 347 kes, Chon Buri (229), Chiang Mai…

Read More

Filipina catat 10,098 kes baharu

MANILA 18 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 10,098 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 936,113 kes. Setakat pukul 4 petang, DoH juga merekodkan 72,607 pesakit sembuh dan ini menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 779,084 atau 83.2 peratus daripada keseluruhan kes. DoH juga melaporkan 150 orang pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 15,960 kematian manakala kes aktif pula 141,089.

Read More

Lima kluster baharu, 14 tamat

PUTRAJAYA 18 April – Jumlah kluster meningkat kepada 1,520 termasuk lima kluster baharu hari ini yang melibatkan tiga kluster tempat kerja, dan masing-masing satu komuniti dan sekolah/ institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Daripada jumlah itu, 1,182 tamat termasuk 14 kluster yang tamat hari ini. Jumlah kluster aktif pula 338 dengan 64 menunjukkan pertambahan kes baharu termasuk Kluster Jalan Perindustrian Satu (249 kes), Kluster Kok Lanas (74 kes), dan Kluster Kampung Bunut Sarang Burung (43 kes). KLUSTER SELAT KLANG Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor.…

Read More

Sarawak catat kes tertinggi

PUTRAJAYA 18 April – Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 508 kes atau 23.1 peratus. Daripada jumlah ini, sebanyak 372 kes atau 73.2 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 431 kes atau 19.6 peratus dan Johor sebanyak 387 kes atau 17.6 peratus. Sarawak: 508 kes 57 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tarat Tani dan Kluster Jalan Bintulu Sibu; 315 kes daripada saringan kontak rapat kes positif…

Read More

Masih kekal empat angka

PUTRAJAYA 18 April – Turun sedikit berbanding semalam tetapi masih mencecah empat angka dengan jumlah kes positif yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam sebanyak 2,195 kes menjadikan jumlah kumulatif 372,859. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 18 kes atau 0.8 peratus yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Jalan Salleh (11 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5 kes), Kluster Tembok Sri Aman (1 kes), dan Kluster DTI Lenggeng (1 kes). Manakala jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,427 kes…

Read More

India catat 261,500 kes baharu

INDIA merekodkan 261,500 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 14.8 juta orang. Kematian pula meningkat kepada 177,150 apabila 1,501 lagi kes pesakit meninggal dunia dilaporkan. Berikutan gelombang kedua pandemik berkenaan, negara pengeluar vaksin Covid-19 terbesar dunia, kini mengalami kesukaran menyediakan dos yang mencukupi bagi penduduknya. Perdana Menteri Narendra Modi juga menggesa pihak berkuasa meningkatkan pengeluaran Covid-19. Sekurang -kurangnya lima negeri mengalami kekurangan dos. Kerajaan India juga dilaporkan telah mengalihkan tumpuan daripada menyediakan dos vaksin untuk COVAX dan mula memberi keutamaan kepada penduduk sendiri. Di…

Read More

439,286 lengkap dua dos

KUALA LUMPUR 18 April – Seramai 439,286 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam. Menteri Kesihatan,  Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh sama, 695,729 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara kini adalah 1,135,015 dos. Lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 98,469 diikuti Kuala Lumpur (78,087), Sarawak (68,608), Johor (65,159) dan Sabah (56,184). Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 tertinggi setakat…

Read More

Sekolah 7 jajahan tutup 7 hari

KOTA BHARU 18 April – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mengarahkan semua sekolah dan institusi pendidikan di tujuh jajahan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu ditutup mulai hari ini hingga 24 April ini.. Pengarah JPN Kelantan Zulkernai Fauzi berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Khas Kelantan – Penguatkuasaan Covid-19 petang semalam.  Jawatankuasa mencadangkan kepada JPN supaya menutup semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di tujuh jajahan yang dilaksanakan PKP. Tujuh kawasan di Kelantan yang terdiri daripada jajahan/daerah di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh,…

Read More