Masih kekal empat angka

PUTRAJAYA 18 April – Turun sedikit berbanding semalam tetapi masih mencecah empat angka dengan jumlah kes positif yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam sebanyak 2,195 kes menjadikan jumlah kumulatif 372,859.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 18 kes atau 0.8 peratus yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Jalan Salleh (11 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5 kes), Kluster Tembok Sri Aman (1 kes), dan Kluster DTI Lenggeng (1 kes).

Manakala jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,427 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh 353,822 atau 94.3 peratus.

Terdapat lapan kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing dua kes di Selangor dan Kelantan, serta masing-masing satu kes di Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kesemua kes melibatkan warganegara.

Jumlah kes aktif sebanyak 19,854 dengan 219 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 90 individu memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment