Sarawak catat kes tertinggi

PUTRAJAYA 18 April – Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 508 kes atau 23.1 peratus.

Daripada jumlah ini, sebanyak 372 kes atau 73.2 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 431 kes atau 19.6 peratus dan Johor sebanyak 387 kes atau 17.6 peratus.

  • Sarawak: 508 kes
    • 57 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tarat Tani dan Kluster Jalan Bintulu Sibu;
    • 315 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 136 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 431 kes 
    • 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Selat Klang dan Kluster Tapak Bina Cahaya Alam;
    • 294 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 116 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 387 kes  
    • 285 kes daripada kluster-kluster, termasuk 249 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Perindustrian Satu;
    • 68 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 32 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 332 kes 
    • 177 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 120 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 176 kes  
    • Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada;
    • 91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 72 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 112 kes 
    • 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Related posts

Leave a Comment