Filipina catat 10,098 kes baharu

MANILA 18 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 10,098 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 936,113 kes.

Setakat pukul 4 petang, DoH juga merekodkan 72,607 pesakit sembuh dan ini menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 779,084 atau 83.2 peratus daripada keseluruhan kes.

DoH juga melaporkan 150 orang pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 15,960 kematian manakala kes aktif pula 141,089.

Related posts

Leave a Comment