1,767 kes baharu di Thailand

BANGKOK 18 April – Thailand merekodkan 1,767 kes jangkitan baharu Covid-19, dua daripadanya kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan 42,352 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), dua lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 101.

Kes kematian melibatkan seorang lelaki berusia 54 tahun yang meninggal pada Isnin di Bangkok dan seorang lagi wanita berusia 70 tahun yang meninggal pada Sabtu.

Sebanyak 113 pesakit sembuh menjadikan 28,683 pulih manakala 13,568 masih mendapatkan rawatan.

Jangkitan baharu hari ini melibatkan enam wilayah iaitu Bangkok 347 kes, Chon Buri (229), Chiang Mai (164), Nonthaburi (100), Prachuap Khiri Khan (66) dan Samut Prakan (64).

Setakat ini sejak gelombang ketiga yang melibatkan pusat hiburan, kelab malam, jumlah kes meningkat 13,489, kebanyakan di Bangkok, Nonthaburi lain-lain pusat wilayah.

Turut membimbangkan kewujudan kluster baharu sebuah sekolah swasta di Samut Prakan yang berpunca dari dua orang guru luar negara yang mengunjungi pusat hiburan di Phuket pada 2 hingga 4 April.

Mereka kemudian kembali mengajar di sekolah, mengawai peperiksaan dan hadir satu majlis perpisahan pada 8 April.

Sehari kemudian, mereka disahkan positif dan hasil pemeriksaan di sekolah, 23 pelajar dan empat keluarga mereka dijangkiti virus.

Sementara itu dua kes import pula adalah dari Pakistan dan Kanada.

Related posts

Leave a Comment