Sekolah 7 jajahan tutup 7 hari

KOTA BHARU 18 April – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mengarahkan semua sekolah dan institusi pendidikan di tujuh jajahan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu ditutup mulai hari ini hingga 24 April ini..

Pengarah JPN Kelantan Zulkernai Fauzi berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Khas Kelantan – Penguatkuasaan Covid-19 petang semalam.

 Jawatankuasa mencadangkan kepada JPN supaya menutup semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di tujuh jajahan yang dilaksanakan PKP.

Tujuh kawasan di Kelantan yang terdiri daripada jajahan/daerah di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah dikenakan PKP bermula 16 hingga 29 April.

Selaras dengan keputusan itu, semua murid yang tinggal di asrama perlu kekal berada di asrama.

Pada masa yang sama guru-guru hendaklah dipastikan dapat melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan sekolah.

Jelasnya pada masa sama semua Pegawai Pendidikan Daerah hendaklah terus membuat pemantauan semua sekolah bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan dipatuhi.

Related posts

Leave a Comment