Lima kluster baharu, 14 tamat

PUTRAJAYA 18 April – Jumlah kluster meningkat kepada 1,520 termasuk lima kluster baharu hari ini yang melibatkan tiga kluster tempat kerja, dan masing-masing satu komuniti dan sekolah/ institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Daripada jumlah itu, 1,182 tamat termasuk 14 kluster yang tamat hari ini.

Jumlah kluster aktif pula 338 dengan 64 menunjukkan pertambahan kes baharu termasuk Kluster Jalan Perindustrian Satu (249 kes), Kluster Kok Lanas (74 kes), dan Kluster Kampung Bunut Sarang Burung (43 kes).

  • KLUSTER SELAT KLANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-364349) dilaporkan positif Covid-19 pada 14 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat yang terletak di Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor. Sehingga 18 April, sejumlah 101 individu disaring, di mana 25 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA CAHAYA ALAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 10 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak bina yang terletak di Cahaya Alam, Shah Alam. Sehingga 18 April, sejumlah 203 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 14 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja beberapa buah kilang yang tinggal di Jalan Perindustrian 1, Batu 8, Kawasan Perindustrian Bukit Bakri, Muar. Sehingga 18 April 2021, sejumlah 980 individu telah disaring, di mana 254 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TARAT TANI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Serian di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-360369) dilaporkan positif Covid-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Tarat, Serian. Sehingga 18 April 2021, sejumlah 320 individu telah disaring, di mana21 kes dikesan positif .

  • KLUSTER JALAN BINTULU SIBU

Kluster sekolah/ institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Tatau dan Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-356866) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar dan kakitangan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Bintulu Sibu, Tatau. Sehingga 18 April, sejumlah 546 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment