439,286 lengkap dua dos

KUALA LUMPUR 18 April – Seramai 439,286 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam.

Menteri Kesihatan,  Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh sama, 695,729 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara kini adalah 1,135,015 dos.

Lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 98,469 diikuti Kuala Lumpur (78,087), Sarawak (68,608), Johor (65,159) dan Sabah (56,184).

Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor melibatkan 63,160 diikuti Perak (48,802), Sabah (43,268), Kuala Lumpur (38,642) dan Pahang (33,183).

Sementara itu, jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam adalah sebanyak 8,946,750 atau 36.90 peratus dengan Selangor merekodkan angka tertinggi membabitkan 2,356,484 pendaftaran.

Related posts

Leave a Comment