Kes positif 1.5 juta di Indonesia

JAKARTA 17 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia kini mencecah 1.599.763 termasuk 5,041 kes baharu yang dilaporkan hari ini manakala kes aktif pula 106,243. Kes sembuh pula meningkat kepada 1,450,192 atau 90.7 peratus termasuk 5,963 kes pulih yang dilaporkan hari ini. Pada masa yang sama, 132 kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia meningkat kepada 43,327 orang. Kematian tertinggi yang direkodkan hari ini adalah di Jawa Timur sebanyak 26 kes, Jakarta 18, Jawa Barat, Banten dan Yogyakarta masing-masing sembilan kes. Jakarta pula merekodkan kes positif tertinggi…

Read More

Lapan kluster baharu, 7 tamat

PUTRAJAYA 17 April – Jumlah kluster meningkat kepada 1,515 dengan pertambahan lapan lagi kluster baharu melibatkan empat kluster tempat kerja, tiga sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan satu komuniti. Bagi tempoh yang sama 1,168 kluster telah tamat termasuk tujuh hari ini iaitu Kluster Pulau Pisang, Kluster Bukit Marak, Kluster Dagang Permai, Kluster Perusahaan Jalan Bukit, Kluster Jalan Lapangan Terbang, Kluster Jalan Rawang, dan Kluster Teratai. Jumlah kluster aktif pula adalah 347 kluster di mana pada hari ini 69 kluster mencatatkan pertambahan kes termasuk Kluster Ulu Balingian (101…

Read More

Selangor kembali tambah kes

PUTRAJAYA 17 April – Selangor kembali menunjukkan peningkatan kes apabila melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 751 kes (32.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 623 kes (83.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti Sarawak sebanyak 512 kes (22.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 252 kes (10.8 peratus). Selangor: 751 kes  40 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Maktab; 583 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Satu kes…

Read More

2,331 kes baharu, 5 kematian

PUTRAJAYA 17 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 2,331 kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 372,859 kes. Daripada jumlah itu, 12 kes import melibatkan tujuh warganegara dan lima bukan warganegara manakala 2,319 kes tempatan melibatkan 2,098 warganegara dan 221 bukan warganegara. Sebanyak 39 kes (1.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Lenggeng (24 kes), Kluster Jalan Salleh (11 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (3 kes), dan Kluster DTI Sandakan (1 kes).…

Read More

11,101 kes baharu di Filipina

MANILA 17 April – Filipina merekodkan 11,101 kes jangkitan baharu Covid-19 setakat pukul 4 petang ini menjadikan jumlah keseluruhan 926,052 dengan kes aktif 203,710 atau 22.0 peratus. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 799 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih meningkat kepada 706,532 orang atau 76.3 peratus daripada keseluruhan kes. Pada masa yang sama, 72 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 15,810 kematian.

Read More

1,547 kes, 2 kematian di Thailand

BANGKOK 17 April – Dua lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Thailand yang membawa kepada 99 manakala 1,547 kes baharu direkodkan berbanding 1,582 kes semalam. Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian setakat ini 99 manakala 40,585 orang dijangkiti. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian yang dilaporkan berlaku di Pathum Thani dan Tak pada Khamis dan semalam. Di Tak melibatkan seorang lelaki berusia 38 tahun yang juga obesiti, dikesan positif pada 4 April dan keadaan bertambah teruk pada 11 April dan meninggal dunia semalam, Jumaat. Kes kedua, lelaki berusia 51…

Read More

Video judi raya, polis cari dalang

KUALA LUMPUR 14 April – Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai dalang kepada pembikinan dua video judi raya secara dalam talian yang tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata lelaki berusia 35 tahun itu dikehendaki kerana terlibat dalam sebaran video mempromosikan perjudian dalam talian. “Kita ada maklumat seorang lelaki bernama Loh Kee Hoe berumur 35 tahun. Kita percaya mungkin individu ini adalah penganjur yang boleh nanti membantu siasatan kes kita. “Mengikut maklumat tangkapan kita, suspek adalah individu yang mengarahkan untuk…

Read More

Qiyam Ramadhan…

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa perbuatan qiyam Ramadhan yang meliputi solat tarawih, pembacaan al-Quran, zikir dan doa, serta selainnya daripada ibadah yang dilakukan pada malam hari bulan Ramadan, sekiranya ia dilakukan dengan penuh keimanan akan pensyariatannya serta mengharapkan ganjaran pahala dari Allah S.W.T, nescaya pelakunya akan diampunkan dosa-dosa kecilnya yang terdahulu. Imam Al-Nawawi Rahimahullah di dalam Syarah Al-Nawawi ‘Ala Muslim (6/377) mengatakan: Qiyam Ramadhan adalah solat tarawih.

Read More

Terima vaksin masih dijangkiti

PUTRAJAYA 17 April – Tiada jaminan penerima vaksin kebal daripada dijangkiti. Ini terbukti apabila 40 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 setelah melengkapkan dos vaksinasi mereka, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Sebanyak 31 kes yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin Covid-19 manakala sembilan kes selebihnya dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin. Melalui Facebooknya, Dr Noor Hisham turut memaklumkan seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 selepas menerima dos pertama vaksin. Namun kesemua mereka yang dijangkiti tidak mempunyai simptom yang teruk. Jelas beliau,…

Read More

Iftar maya PM Singapura

SINGAPURA 17 April – Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyertai 110 anggota masyarakat dalam satu majlis berbuka puasa secara online semalam (Jumaat) yang dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Turut hadir  Mufti Negara Dr Nazirudin Nasir, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli dan para pemimpin berbilang agama. Acara berbuka puasa itu biasanya diadakan di masjid dan dihadiri PM Lee setiap tahun, tetapi disebabkan pandemik Covid-19 ia terpaksa dilakukan secara maya. Pada majlis itu,  Lee merakamkan penghargaan kepada para pemimpin masyarakat Islam setempat di atas sokongan yang ditunjukkan…

Read More