11,101 kes baharu di Filipina

MANILA 17 April – Filipina merekodkan 11,101 kes jangkitan baharu Covid-19 setakat pukul 4 petang ini menjadikan jumlah keseluruhan 926,052 dengan kes aktif 203,710 atau 22.0 peratus.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 799 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih meningkat kepada 706,532 orang atau 76.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Pada masa yang sama, 72 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 15,810 kematian.

Related posts

Leave a Comment