1,547 kes, 2 kematian di Thailand

BANGKOK 17 April – Dua lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Thailand yang membawa kepada 99 manakala 1,547 kes baharu direkodkan berbanding 1,582 kes semalam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian setakat ini 99 manakala 40,585 orang dijangkiti.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian yang dilaporkan berlaku di Pathum Thani dan Tak pada Khamis dan semalam.

Di Tak melibatkan seorang lelaki berusia 38 tahun yang juga obesiti, dikesan positif pada 4 April dan keadaan bertambah teruk pada 11 April dan meninggal dunia semalam, Jumaat.

Kes kedua, lelaki berusia 51 tahun yang bekerja di Pathum Tani juga mempunyai penyakit kronik lain serta ada kontak dengan kes yang disahkan sebelum itu. Dia meninggal pada Khamis.

Sebanyak 1,316 kes disahkan di hospital dan 228 melalui ujian pengesanan.

Wilayah yang merekodkan kes seperti catatan Jumaat adalah Bangkok (279), Chiang Mai (140), Chon Buri (99), Prachuap Khiri Khan (58), Lamphun (45), Samut Sakhon (37), Udon Thani (30), Samut Prakan (27), Pathum Thani (26) dan Phitsanulok (25).

Tak, Loei, Samut Songkhram dan Ranong masing-masing merekodkan satu kes.

Tiga kes import pula adalah dari Malaysia (1) dan Oman (2).

Sementara itu 28,570 (70.4%) dilaporkan sembuh termasuk 90 yang pulih dalam tempoh 24 jam lepas manakala 11,916 masih menerima rawatan di hospital.

Related posts

Leave a Comment