Lapan kluster baharu, 7 tamat

PUTRAJAYA 17 April – Jumlah kluster meningkat kepada 1,515 dengan pertambahan lapan lagi kluster baharu melibatkan empat kluster tempat kerja, tiga sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan satu komuniti.

Bagi tempoh yang sama 1,168 kluster telah tamat termasuk tujuh hari ini iaitu Kluster Pulau Pisang, Kluster Bukit Marak, Kluster Dagang Permai, Kluster Perusahaan Jalan Bukit, Kluster Jalan Lapangan Terbang, Kluster Jalan Rawang, dan Kluster Teratai.

Jumlah kluster aktif pula adalah 347 kluster di mana pada hari ini 69 kluster mencatatkan pertambahan kes termasuk Kluster Ulu Balingian (101 kes), Kluster Jalan Bukit Belida (37 kes), dan Kluster Jalan Kota Kubang Labu (32 kes).

  • KLUSTER JALAN DING LIK KWONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-363299) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Jalan Ding Lik Kwong, Sibu. Sehingga 17 April, sejumlah 43 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN DAMAI TAWAU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-362764) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perkhidmatan yang terletak di Jalan Damai, Tawau. Sehingga 17 April , sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BUKIT QUOIN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-358127) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Hill Tawau, Sabah. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN WAWASAN LIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361317) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 5, Batu Pahat. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 178 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER ULU BALINGIAN

Kluster sekolah/ institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Selangau di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 17 April 2021 hasil saringan bersasar pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Ulu Balingian, Selangau. Sehingga 17 April, sejumlah 200 individu disaring, di mana 101 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN DISA

Kluster sekolah/ institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-365062) dilaporkan positif Covid-19 pada 14 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah sekolah yang terletak di Jalan Disa, Sibu. Sehingga 17 April, sejumlah 199 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MAKTAB

Kluster sekolah/ institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Sepang dan Hulu Langat di Selangor serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-366010) dilaporkan positif Covid-19 pada 15 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Maktab, Bandar Baru Bangi, Sepang. Sehingga 17 April, sejumlah 42 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER SERI KUANTAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang serta daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-368956) dilaporkan positif Covid-19 pada16 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis yang berlangsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 10 April 2021. Sehingga 17 April, sejumlah 111 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment