SEPANG 3 Okt. – Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia), Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berpengalaman 22 tahun mengendalikan jemaah haji menawarkan empat pakej haji untuk musim haji 1448H/2027M.
Pakej yang ditawarkan Andalusia kali ini adalah Amjad, Elaf, Elaf Safwah dan Safwah Full iaitu berdasarkan bajet, jarak hotel dengan Masjidilharam dan Masjid Nabawi, bilangan orang sebilik dan tahap keselesaan yang diperlukan oleh para jemaah.
Harga terendah yang ditawarkan pakej adalah pada harga RM49,900 sehingga mencecah RM122,990.
Bagi pakej Amjad, harga terendah iaitu RM49,990, adalah untuk bilik berempat dengan hotel penginapan di Makkah, Amjad Al Jazira @ setaraf (jarak 490m ke dataran masjid) manakala di Madinah Al-Ritz Al Madinah (300m ke masjid).
Manakala untuk bilik bertiga adalah RM58,990 dan RM75,990 untuk berdua dengan hotel yang sama manakala di Mina bertempat di khemah Mina Muaissim.
Harga pakej termasuk penginapan transit Aziziyah (10 – 13 Zulhijah) di Apartmen Aziziyah (200 m ke dataran Kompleks Jamrah) dengan empat hingga lima orang sebilik mengikut jantina.
Pakej Elaf pula menawarkan harga RM56,990 (bilik berlima), RM62,990 (berempat), RM65,990 (bertiga) dan RM79,990 (berdua) dengan penginapan di Elaf Al Rayyan @ setarah (470m ke masjid) dan Al Ritz Al Madinah @ setaraf (300m ke masjid).
Harga pakej termasuk penginapan transit Aziziyah (10 – 13 Zulhijah) di Apartmen Aziziyah (200 m ke dataran Kompleks Jamrah) dengan empat hingga lima orang sebilik mengikut jantina.
Bagi pakej Elaf Safwah pula, jemaah akan ditempatkan di Hotel Elaf Al Rayyan @ setaraf (470m ke masjid) dan Hotel Safwah Royale Orchid @ setaraf (50m ke masjid) sementara di Madinah di Nozol Royal Inn atau Al Ritz Al Madinah.
Harga bagi pakej ini adalah RM75,990 (bilik berlima), RM80,990 (berempat), RM87,990 (bertiga), RM107,990 (berdua).
Pakej Safwah Full pula menawarkan penginapan di Al Safwah Royale Orchid @ seraraf dengan jarak ke dataran Masjidilharam 50m sementara penginapan tujuh hari enam malam di Madinah pula pada jarak antara 220m/300m ke Masjid Nabawi.
Bagi bilik berempat, harga pakej ini adalah RM97,990 manakala bilik bertiga RM105,990 dan bilik berdua RM122,990.
Harga pakej Elaf Safwah dan Safwah Full termasuk Perkhidmatan Masyair Naik Taraf (PMN) di Mina.
Turut ditawarkan tiket ekonomi Haramain Speed Train (Sehala), sajian makanan mengikut pakej, ziarah tambahan tertakluk kelulusan berkaitan serta 30 barangan kelengkapan haji percuma.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, mengenai Pakej Haji Andalusia Musim 1448H,
jemaah boleh menghubungi cawangan Andalusia di seluruh negara atau terus https://umrahandalusia.typeform.com/to/jXuXKs01.
Bagi jemaah yang berada di sekitar Lembah Klang juga boleh mengunjungi Karnival Haji, Umrah & Pelancongan (KHUP) Kali Ke-5 di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang, pada 9 hingga 11 Oktober, mulai pukul 9.00 pagi – 6.00 petang.
Pasukan petugas Andalusia akan berada di Booth B001 – B010.
Nnnnnn
