Selangor kembali tambah kes

PUTRAJAYA 17 April – Selangor kembali menunjukkan peningkatan kes apabila melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 751 kes (32.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 623 kes (83.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti Sarawak sebanyak 512 kes (22.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 252 kes (10.8 peratus).

  • Selangor: 751 kes 
    • 40 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Maktab;
    • 583 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu kes import dari luar negara; dan
    • 127 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 512 kes
    • 167 kes daripada kluster-kluster, termasuk 117 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Disa, Kluster Jalan Ding Lik Kwong, dan Kluster Ulu Balingian;
    • 222 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 123 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 252 kes  
    • Lima kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 149 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 11 kes import dari luar negara; dan
    • 87 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 225 kes 
    • 65 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 128 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 32 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 163 kes 
    • 72 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bukit Quion dan Kluster Jalan Damai Tawau;
    • 62 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 116 kes 
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 52 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 100 kes  
    • 43 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Wawasan Lima;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment